salam.! ok Wan saje gatal nak share info pasal seksual nie..ya lo ramai sangat yang menghidapi penyakit 'kecelaruan jantina' kan..? ha baca nie.. hahah..
SAPIOSEXUAL = seseorang yang tertarik atau terangsang dengan kecerdikan dan penggunaannya..contoh,lelaki tertarik kat perempuan yang bijak2 je...^^
METROSEXUAL = seorang budak lelaki 'Urban'(bandar), yang tertarik pada mana2 jantina disukainya berdasarkan rupa, mempunyai pandangan liberal politik, tertarik dengan fesyen, dan mempunyai deria yang baik dari rasa...maksudnya suka memilih la..ni lelaki maskulin..
HETEROSEXUAL = Tarikan seks yang bertentangan jantina seperti lelaki tertarik kat wanita dan wanita tertarik kat lelaki... normal..
HOMOSEXUAL = Tarikan seks antara anggota jantina yang sama seperti lelaki untuk lelaki dan wanita untuk wanita..wanita juga dipanggil homo/gay atau lebih tepat lagi,'lesbian'..
BISEXSUAL = Tarikan seks kepada dua jantina bertentangan dan sama seperti lelaki tetarik kat lelaki dan tertatik juga pada perempuan...serta seorang wanita tertarik kat wanita dan wanita tertarik juga pada lelaki..
ASEXUAL = Dikenali sebagai nonsexuality yang kurang tarikan seks dan kepentingan seks terhadap orang lain.. nafsu tak sampai..XD
POLYSEXUAL = Tarikan seks yang lebih daripada satu jantina tapi tak boleh dikenali sebagai biseksual sebab ia menunjukkan bahawa mereka hanya dua jantina binari, jangan keliru pulak dengan pansexual (Pan maknanya Semua) dan (Poli maknanya banyak)...
PANSEXUAL = Tarikan seks terhadap makhluk tanpa mengira jantina..dikenali jugak sebagai omnisexual, beberapa 'pansexual' merujuk kepada diri mereka ni sebagai buta jantina..Bagi mereka, jantina tak penting dalam menentukan sama ada mereka akan tertarik secara seksual kepada orang lain..
HYPERSEXUAL = Tarikan seks yg sangat kerap atau secara tiba-tiba meningkat memaksa seseorang untuk lakukan seks atau apapun aktiviti seksual...Walaupun 'hypersexual' boleh disebabkan perubatan atau ubat-ubatan, dalam kebanyakan kes sebenarnya punca tidak diketahui..(nafsu kuda)..Masalah kesihatan mental seperti gangguan bipolar boleh menyebabkan 'hypersexual', alkohol dan macam2 lagi ubat-ubatan yang boleh menjejaskan kekangan sosial dan seksual pada sesetengah orang... tahu gila seks.?? ha mcm tu la...
TRANSEXUAL = Apabila seseorang tu merasakan anggota seks yang mereka ada berbeza dengan satu biologi mereka sendiri, Diagnosa perubatan (pembedahan) dibuat kalau seseorang tu tak selesa disebabkan teringin untuk jadi jantina yang bertentangan... contohnya seseorang dilahirkan lelaki, dan dia tak selesa dengan jantina sendiri, then buat perubahan kepada perempuan, atau perempuan yang berubah kepada lelaki...macam transformers...kih3..
Wan harap penjelasan wan boleh membantu korang semua memahami jenis2 sexualiti yang berbeza daripada manusia, tapi kalau korang semua tak pasti, kat laman web seperti wikipeadia.org ade.. (lagi banyak definisi mendalam kata kau..) XD
Blog ni Wan create bukan nak berlagak..Just nak kumpul kawan-kawan yg Wan boleh percaya..rileks lah..susah senang kita sama2..wan x boleh tengok kawan2 wan sedih..kalau wan sedih sorang2 tak pe..serius nie.. :') be friends to explore more..dont be spoil..and..harap korang suka dengan blog wan ni..ni blog wan yg ke seratus berapa ntah,k tipu je..(yang lama dah kena burnnnnn..) so, layan~
27 August 2013
Rahsia kenapa lidah kucing takde kuman tapi banyak pada anjing..
... بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dantaphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
.
.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Hadis Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih.
Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahualam...

26 August 2013
Nasihat Tentang Sahabat…
"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.
Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.