27 August 2013

Jenis-jenis 'SEXUAL' ~

salam.! ok Wan saje gatal nak share info pasal seksual nie..ya lo ramai sangat yang menghidapi penyakit 'kecelaruan jantina' kan..? ha baca nie.. hahah..

SAPIOSEXUAL = seseorang yang tertarik atau terangsang dengan kecerdikan dan penggunaannya..contoh,lelaki tertarik kat perempuan yang bijak2 je...^^

METROSEXUAL = seorang budak lelaki 'Urban'(bandar), yang tertarik pada mana2 jantina disukainya berdasarkan rupa, mempunyai pandangan liberal politik, tertarik dengan fesyen, dan mempunyai deria yang baik dari rasa...maksudnya suka memilih la..ni lelaki maskulin..

HETEROSEXUAL = Tarikan seks yang bertentangan jantina seperti lelaki tertarik kat wanita dan wanita tertarik kat lelaki... normal..

HOMOSEXUAL = Tarikan seks antara anggota jantina yang sama seperti lelaki untuk lelaki dan wanita untuk wanita..wanita juga dipanggil homo/gay atau lebih tepat lagi,'lesbian'..

BISEXSUAL = Tarikan seks kepada dua jantina bertentangan dan sama seperti lelaki tetarik kat lelaki dan tertatik juga pada perempuan...serta seorang wanita tertarik kat  wanita dan wanita tertarik juga pada lelaki..

ASEXUAL = Dikenali sebagai nonsexuality yang kurang tarikan seks dan kepentingan seks terhadap orang lain.. nafsu tak sampai..XD

POLYSEXUAL = Tarikan seks yang lebih daripada satu jantina tapi tak boleh dikenali sebagai biseksual sebab ia menunjukkan bahawa mereka hanya dua jantina binari, jangan keliru pulak dengan pansexual (Pan maknanya Semua) dan (Poli maknanya banyak)...

PANSEXUAL = Tarikan seks terhadap makhluk tanpa mengira jantina..dikenali jugak sebagai omnisexual, beberapa 'pansexual' merujuk kepada diri mereka ni sebagai  buta jantina..Bagi mereka, jantina tak penting dalam menentukan sama ada mereka akan tertarik secara seksual kepada orang lain..

HYPERSEXUAL = Tarikan seks yg sangat kerap atau secara tiba-tiba meningkat memaksa seseorang untuk lakukan seks atau apapun aktiviti seksual...Walaupun 'hypersexual' boleh disebabkan perubatan atau ubat-ubatan, dalam kebanyakan kes sebenarnya punca tidak diketahui..(nafsu kuda)..Masalah kesihatan mental seperti gangguan bipolar boleh menyebabkan 'hypersexual', alkohol dan macam2 lagi ubat-ubatan yang boleh menjejaskan kekangan sosial dan seksual pada sesetengah orang... tahu gila seks.?? ha mcm tu la...

TRANSEXUAL = Apabila seseorang tu merasakan anggota seks yang mereka ada  berbeza dengan satu biologi mereka sendiri, Diagnosa perubatan (pembedahan) dibuat kalau seseorang tu tak selesa disebabkan teringin untuk jadi jantina yang bertentangan... contohnya seseorang dilahirkan lelaki, dan dia tak selesa dengan jantina sendiri, then buat perubahan kepada perempuan, atau perempuan yang berubah kepada lelaki...macam transformers...kih3..

Wan harap penjelasan wan boleh membantu korang semua memahami jenis2 sexualiti yang berbeza daripada manusia, tapi kalau korang semua tak pasti, kat laman web seperti wikipeadia.org ade.. (lagi banyak definisi mendalam kata kau..) XD 

No comments:

Post a Comment