Hari ni hari last aku praktikal dekat MSP...yeay.. hemm..praktikal..
tak sangka betul..sungguh tak percaya..sekejap sangat rasa..
rasa macam baru semalam aku masuk daftar kerja kat MSP ni..
rupanya dah 6 bulan pun..setengah tahun kott..
dan hari ni sepatutnya aku dah boleh kemas barang aku kat asrama atlet tu
nak bawak balik rumah semula..
tapi..aku rasa mcam..macam tak best sekarang ni..
tak tahu lah tak best sebab apa..
orang kalau dapat balik rumah seronok...aku tak.. sebab tak ada apa kat rumah untuk aku buat
yang boleh bagi aku ketenangan..kawan pun tak ada..kalau ada pun bukannya nak ajak aku lepak sekali..tak kenal tah tak kat aku..bukan nak buruk sangka..tapi bila tiap kali aku balik rumah, aku duk dalam bilik je la..aku tanya kawan ada mana, tak reply...ada reply pun tapi bukan dekat muadzam..hem.. mereput aku kt rumah..
jadi Selama aku dekat SUKPA, aku sangat2 rapat dengan budak-budak sukan..
dah biasa..aku sendiri dah rasa dorang macam adik beradik aku..sebab tu aku tak kisah dorang bergurau dengan aku mcam mana..
tapi dengan kimy aku lain..yang ni serius..aku lebih anggap kimy mcm adik aku sendiri...
susah senang aku, susah senang kimy, sama sama..
kalau boleh aku nak share cerita hidup aku dengan kimy..
nak luah segala apa yang aku rasa dekat kimy..
betul ke kimy boleh faham aku..hem..
aku fikir kimy masih 15 tahun..susah untuk aku luah tentang perasaan dekat dia..
mungkin aku terlalu caring dekat kimy sebab ada satu masa tu kimy pernah menangis
dekat aku sampai tertidur..aku ni jenis lemah tengok orang menangis,,
jadi lepas pada tu lah aku jaga kimy..jaga perasaan kimy je aku mampu..hemm..
aku tak akan buat kimy merajuk lagi..
aku sanggup mengalah demi kimy,
aku sanggup buat apa je untuk kimy, untuk bagi kimy gembira ke,
senang ke, asalkan kimy seronok..
biar aku terkorban sekalipun..
aku jadi sedih bila tengok kimy sedih, walaupun tak ada kena mengena dengan aku pun..
aku cepat terasa..nak pulak aku dah anggap kimy seseorang yang penting bagi aku..
kimy dah sebahagaian dalam hidup aku..aku harap kimy faham..
aku sayang kimy..
ni bukan soal gay ke apa,
tapi soal perasaan..aku tak tau kenapa aku boleh ada perasaan tu..
dah aku dilahirkan macam ni..
aku cepat sayang orang..
cepat suka dekat seseorang..
.. tapi dengan kimy, aku serius sayang dia..
kalau boleh tak nak kehilangan dia, berat ouh hati nak lepaskan dia..
berat.. :’(
dia je yang aku ada kt SUKPA ni..
kite punye story ~
Blog ni Wan create bukan nak berlagak..Just nak kumpul kawan-kawan yg Wan boleh percaya..rileks lah..susah senang kita sama2..wan x boleh tengok kawan2 wan sedih..kalau wan sedih sorang2 tak pe..serius nie.. :') be friends to explore more..dont be spoil..and..harap korang suka dengan blog wan ni..ni blog wan yg ke seratus berapa ntah,k tipu je..(yang lama dah kena burnnnnn..) so, layan~
15 October 2015
22 June 2015
Kisah bau KASTURI dan ZINA
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari
rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh
yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang
wanita telah memanggilnya dan memintanya
untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda
itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu
terus mengunci pintu. Terkejut dengan
perbuatan wanita tersebut, pemuda itu
mengingatkanya dengan Allah dan azab yang
pedih..Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin
bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia
ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya
yang terpendam sejak sekian lama terhadap
lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain:
“Jika anda tidak melakukan apa yang aku
perintahkan pada kamu nescaya aku akan
menjerit minta tolong. Aku akan beritahu
kepada semua orang bahawa kamu menceroboh
masuk dan memaksa ku melakukan perkara
sumbang. Sudah tentu orang akan
mempercayai kata-kataku ini.”Melihat sikap
wanita itu yang nekad. Pemuda itu
menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta
izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan
kononya ia juga ingin mempersiapkan diri.
Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu
dengan sendiri rasa gementar daripada rasa
takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-
tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia
lumurkan seluruh badan dengan najisnya
sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada
aku terjerumus dalam najis dosa dan
kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan
diriku dengan najis dunia yang busuk
ini.”Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi,
ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia
melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita
itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik
dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit
marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari
rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat
berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar
azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah
membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu
dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia
terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik
apabila semua mata para jemaah tertumpu ke
arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon
maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid
mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari
mana ia mendapat bauan yang sangat wangi
itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan
kasturi yang semerbak harumannya..Dikatakan
bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu
sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan
panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud
Pemuda Kasturi..Ingatlah, apabila seseorang
melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa
yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu,
apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina,
ia sudah terlebih dahulu terpalit noda
walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah
zina hati namanya.
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki dan
Kegagahan Wanita?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
.
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata
untuk ingatan.
.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah
menerima racun.
.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
.
5) Lelaki yang baik sangka.
.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
.
Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi
Muhammad adalah kecantikan yang sempurna
seorang lelaki…
.
Dan dimana Kegagahan Wanita?
.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah
adalah:-)
.
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan.
.
2) Perempuan yang tidak takut pada
kemiskinan.
.
3) Perempuan yang tabah menanggung
kerinduan setelah ditinggalkan.
.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar
di penuhi segala keinginan.
.
Kegagahan perempuan berdiri di
atas teguh iman.
.
Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina
Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.
.
Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku
walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar !!!
7 June 2015
Nasihat yang Berharga
Inilah di antara tulisan terbaik
Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
"Pada saat engkau mati,
janganlah kau bersedih.
Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu,
karena kaum muslimin akan mengurus jasadmu.
Mereka akan melucuti pakaianmu,
memandikanmu dan mengkafanimu lalu membawamu
ke tempatmu yang baru, kuburan.
Akan ada banyak orang yang mengantarkan jenazahmu
bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaan nya untuk ikut menguburkanmu.
Barang barangmu akan dikemas,
kunci kuncimu,
kitab,
koper,
sepatu dan pakaianmu.
Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermnfaat untukmu.
Yakinlah;
dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dg kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung!
Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain.
Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu.
Sedangkan kamu yg akan dihisab
dan diperhitungkan dari hartamu!
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu
sekilas akan mengatakan, kasihan.
Kawan kawanmu
akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!
Di rumah
ada kesedihan yg mendalam!
Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu,
sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun??
Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arsip kenangan!
Demikianlah
"Kisahmu telah berakhir di tengah tengah manusia".
Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai,
Akhirat!!
Telah musnah kemuliaan, harta, kesehatan, dan anak.
Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan istri tercinta.
Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan perenungan.
Usahakan dengan sungguh sungguh.
jalankan kewajiban kewajiban,
hal-hal yg disunnahkan,
sedekah rahasia, merahasiakan amal shalih, shalat malam, Semoga saja engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini
insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat.
"Berilah peringatan, karena peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin." Subhanallah.
28 May 2015
Cerita Kontot (cerkon)
Lincah tangan Mancis memetik daun palas di Bukit Keromok. Saling tak ubah macam Yngwie Malmsteen memetik gitar instrumental lagu 'Kopi Dangdut'. Sememangnya bukit itu jarang menghampakannya. Meskipun orang kampung sering memomokkan hutan tersebut adalah kawasan orang bunian belajar memandu kereta. Daun palas atau nama saintifiknya cikgukemisahkerby, selain daun ketupat boleh dibuat bola boling sekiranya dianyam bentuk bulat. Selain itu, minyak pucuk palas, juga boleh dijadikan minyak diesel jika dicampurkan dengan sedikit peluh musang artik. Sesuai untuk kereta kebal persendirian.
Mancis mula mengira-ngira. Hasil jualan nanti boleh dibeli baju raya untuk anak-anaknya. Dia pelu segera ke turun ke pekan kerana peraih mananti stok daun palas tersebut. Bukit itu segera dituruni. Lembah dan lurah dilewati. Sampai ke denai Kampung Bakugan, tetiba die berada semula di puncak bukit itu. Dia agak cemas. Berpusing-pusing dia mencari jalan pulang tapi tidak jumpa "Sah aku dah kena main dengan Hantu Pintu, balaci bunianlah ni". Peluh berperisa kebab bakso mula membasahi dahi bogelnya.
Kali ini dia meredah sahaja perbukitan itu. Sekonyong-konyong tersergam pasaraya besar di hadapannya. "NORNIA HYPERMARKET- JUALAN SAWAN RAYA" reaksi mancis sebaik terpandang signboard tujuh segi. "Bila masa pulak ada pasaraya kat dalam hutan ni. Pasaraya bunian kot?". Dia mengambil risiko untuk singgah biarpun berasa was-was. Ketika melangkah masuk dia memerhatikan orang ramai sibuk membeli-belah. Aneh kesemuanya berambut tali guni macam Bob Marley. Mereka langsung tidak mempedulikannya lalu dia mengambil kesempatan meninjau-ninjau barangan. "Biar betul!" terkejut Mancis apabila melihat tanda harga. Gula sekilo RM 0.20. Minyak petrol seliter RM 0.20. Kuih raya 20 kilo RM 0.20. Semua barang harga dua puluh sen termasuklah handphone yang boleh dijadikan berus gigi. Memang murah gila tetapi dia syak wasangka.
Tidak lama kemudian seorang jurujual separa wanita menghampirinya. "Cari apa bang?" tanya jurujual berambut seperti cendol goreng itu.
"Cari jodoh. Err...silap, cari baju raya..." beritahunya tersasul.
"Baju raya kat tingkat atas. Semuanya harga sawan, dua puluh sen".
Pada mulanya dia hanya ingin melihat tetapi rasa berkenan pula. Buat isteri tercinta, dibelikan gaun kanopi yang berlabucikan lampu neon. Untuk tiga orang anak daranya, sut kebaya angkaswan yang digabungkan dengan kerongsang tanglung. Manakala dirinya sekadar baju mealyu yang berpoketkan kulit anakonda serta berjuntaian tali leher di bahagian ketiaknya. Habis memilih dia terus ke kaunter pembayaran. Not seringgit dikeluarkan untuk lima pasang baju. "Datang lagi ya!" kata cashier yang berwajah mirip seakan ketam nipah. Mancis pula kegembiraan walaupun rasa serba tak kena.
Sampai di rumah, hari menjelang senja. Dia terus menunjukkan baju raya kepada anak dan isterinya. Mereka tak pernah melihat busana anggun lagi ekskusif itu. Masing-masing tak sabar menantikan esok pagi. Apabila suria raya memancutkan rupa, tiba-tiba dia terjaga dek kejutan isterinya.
"Bang baju Ana, apa dah jadi ni?" Mancis hanya menggelengkan kepala apabial melihat cebisan daun-daun kering di tangan isterinya. Serentak dengan itu, anak-anak perempuannya turut menerpa sambil membawa cebisan daun yang sama. "Hmm... aku dah agak dah" Mancis mengeluh.
p/s: hehe..., amacam??? cite kali ni dah takde bahasa pasar ngan toyol dah... peningkatan yg baik from me..kan kan..haha..! lol

Malang Berbau Hancing..
okay , mlm nie kitew ada entry yg merapu , haha :D
jojoki ,
masih aku ingt saat tiba di Kota Langit , KL .
kau menegur aku , aku tak mengenali mu .
first time bertemu dengan mu , aku dah rasa menyampah .
wajahmu saling tak tumpah mcm alien dlm cite power rangers dino thunder tu .
wajahmu yg merekah bak bulan separa penuh, ade hati nak berkenalan dgn aku yg secantik angelina jeli .
tapi , hari demi hari , kau tak berputus asa .
kau pndai bermadah tpi sekadar madah berhelah .
kau pndai mengusun ayat-ayat indah dan pndai berkate-kate , ye lah sbb kau manusia kan .
kalau kau seekor udang galah , msti kau takleh ckp kan . ape lah .
tiap-tiap hari kau umpan aku dgn kemewahan .
kalau ikan toman , umpan nya bijik sawit .
kalu aku plak , kau umpankan dgn sbuah lori sawit yg masih baru .
esok plak , kau hadiahkn aku bangunan pencakar langit yg ke-30 di Malaysia .
lusa plak , kau bg aku LRT siap dgn landasan dia sekali .
aku yg pada mula tidak dpt menerima kekasih ku yg berwajah pinguin sindrom tu akhirnya menerima dgn hati yg kejap terbukak , kejap tertutup .
jojoki ,
masih aku ingt pada hari jadi aku yg ke-300 .
kau tetiba jerit seperti org tak cukup oksigen masa kita date kat depan kompleks sogorr .
kau lafazkn 'AKU CINTA PADAMU' dlm 6 bahasa , iaitu bahase argentina , ghana , mongolia , bangladesh , malaysia dan bahase isyarat .
mmg terkejut tenuk lah aku kan .
habis semua orang tenung kita macam kita ni baru terlepas dari hospital bahagia 2 hari.
lebih menSUPRISEkan lagi , kau hadiah kan aku sekeping tiket penerbangan pergi tak balik-balik ke Tokyo , 8 hari 9 mlm .
aku seronok gila tapi sedih sebab kau takleh ikut pula .
sbb kau ckp kau kena jaga nenek kau yg berpantang 8 hari kerana bersalin anak kembar 7 .
aku plak disuruh tolong bawak kan sebuah beg hitam untuk diberikn pada cousin kau masa dekat sana nanti...
aku pergi diam-diam sebab aku takut family aku tahu, kalau mereka tahu, sudah tentu mereka ingin ikut dan menangis tertonggeng sambil gimnastik berirama. .
jojoki ,
pagi yang syahdu dibungkus ais , kapal terbang Api Asia selamat mendarat di lapangan terbang Battle Boom Angelic Baboon , Tokyo .
betapa gembira nya aku setelah menjejakkan kaki di negara Fujio F. Fujiko tu .
sejarah hitam yang bukan menjadi impian aku pun bermula setelah mesin pengimbas berbunyi .
tot tot tot tott tot totttt totoo tooottt .
Bon Angkasa Lepas Gaban terus menyerbu dan menangkap aku .
rupa-rupanya , dalam beg hitam tu ada dadah seberat 345 kilogram/j.
aku begitu terkejut ! haaa .
bukan sahaja dadah, terdapat juga kuih popia, selimut bercorak jam randik, dadih perisa colgate, dan juga tayar kereta api kat dalam beg hitam tu..
aku dibawa ke Balai Bon Nowruto Selatan .
aku telah disiasat oleh Detektif Conan .
tiada bukti yg kukuh untuk menyokong aku .
aku dijatuhkn hukuman gantung sampai koma selama 2 hari berturut turut.. .
kau pulak lesap entah ke mana .
ape nak buat ? nasi dah jadi goreng pisang .
kau lah musang berbulu burung hantu , sbb kau memang hantu .
kau telah hancurkan masa depan , masa belakang dan masa tepi aku .
dadah telah musnahkan hidup aku .
BERHATI-HATI LAH MEMILIH KAWAN .
JANGAN SAMPAI TERPERANGKAP .
KETAHUI LAH ISI HATI SEBENAR KAWAN ANDA ITU .
p/s: short story ni takda kaitan dgn pengarang nye ni , hehe . pesanan khidmat masyarakat ni dismpaikn oleh Onez , tuan empunya blog :)

27 May 2015
Nightmare On Mbah Inul Street.. XD baca la..!
Menjelang tengah malam , jeritan cemas kedengaran . Darah merah menyimbah di serata lorong . Bau hanyir pun menusuk ke rongga hidung . Orang ramai mula mengerumuni tempat itu dan berlakulah pertempuran .
Midnight Blues di lorong Mbul Inul Street . Bulan berbogel dengan tanpa rasa malu hingga menampakkan lurah-lurah kawahnya . Erotik malam turut ditemani bintang-bintang yang tanpa seurat benang . Sekali-sekala awan tebal datang menindih sehingga hilang terang timbul gelap . Meremang bulu ketiak tahap rebonding bila lalu di lorong yang sunyi itu . Apatah lagi kalau berjalan sambil membawa bola ping-pong dengan sudu . Di lorong inilah Mbah Inul mati dalam keadan ngeri . Kengerian tahap terkencing keluar habuk itu mendorong 3 orang anggota SEEKERS & DESTROYERS untuk membuat liputan dan rakaman . Sebaik saja mereka tiba di lokasi , mereka disumpah menjadi keras dan kaku selama 7 hari . Masuk hari ke-8 barulah mereka dapat bergerak dan terus berlari ke langit akibat terlampau takut . Sejak itu tiada siapa yang berani melalui lorong itu kecuali kupu-kupu malam yang dahagakan seteguk air bagai musafir di padang pasir . Fenomistik Mbah Inul Street bermula sekitar tahun 40-an . Dulu kata ada seorang tua bernama Mbah Inul yang kerjanya menjual pau . Suatu pagi yang gelap , dugaan pun melandanya . Saat melintas jalan , goyang gerudi pinggulnya tetiba terhenti apabila sebuah Volvo Greenday melanggari dari arah belakang . Raga paunya melambung ke matahari kepalanya diheret hingga masuk ke dalam enjin kereta . Jeritan cemas kedengaran . Darah merah pekat menyimbah di serata lorong . Bau hanyir pun menusuk ke rongga hidung . Orang ramai mula mengerumuni tempat itu da berlakunya pertengkaran . Dia mati dalam keadaan badannya seperti diblender enjin kereta . Genap 44 hari bila dia sudah tiada , ramai yang terserempak dengan Mbah Inul yang menjual pau pada lewat dinihari . Mereka yang tahu , membelinya . Apabila dimakan , rupanya pau itu berintikan darah gajah . Apabila disimpan dalam peti ais , keesokan paginya pau itu bertukar menjadi pagar kubur . Hebolah orang tentang peristiwa misterius itu . Ironinya , duka cerita itu akhirnya lenyap apabila namanya diabadikan pada lorong tersebut . Teater tragedi tersebut kian dilupakan orang . Lorong itu juga semakin suram apabila wujudnya bandar baru yang terdiri daripada Blok 404 , Kem 505 dan Hotel 606 . Setelah 70 tahun berlalu kini sumpahannya kembali . Malam Jumaat mabuhai adalah malam pembalasan tali perut terburai . Lorong yang sepi itu kini menjadi hingar bingar . Menjelang tengah malam , jeritan cemas kedengaran . Darah merah menyimbah di serata lorong . Bau hanyir pun menusuk ke rongga hidung . Orang ramai pula mengerumuni tempat itu dan berlakunya pertempuran . Fenomania aneh ini hanya terjadi pada setiap malam Jumaat saja . Sungguh seram tahap makan kain kapan . Bila yang mati bertemu dengan yang pengsan pasti buruk siku akibatnya . Begitulah rotasinya pada setiap malam Jumaat . Manakala pada malam yang lain situasinya tenteram . Malam Jumaat bertandang lagi . " Satu barang satu ringgit ! " diulang-ulang dengan nada jeritan cemas kedengaran . Darah merah menyimbah di serata lorong itu adalah taktik para peniaga daging untuk menarik perhatian pelanggan . Para peniaga ikan menyiang perut ikan menyebabkan bau hanyir menusuk ke rongga hidung . Orang ramai mengerumuni tempat itu dan berlaku pertengkaran tawar menawar antara penjual dan pembeli . Meriah sungguh pasar malam di lorong Mbah Inul Street . Satu-satunya pasar malam yang bermula pada 12.01 malam dan berakhir tatkala muazzin melaungka azan subuh hening sebening fajar tirai horizon menguning . Macam-macam ada . Daripada murtabak belalang kunyit hinggalah ke baju bundle untuk orang bunian . Bangkai kapal titanic juga turut jual !
SMS (short merapu story~) part 2
Kelihatan Mat Dali yang marah berlari ketengah padang sambil mendengus seperti lembu kemarahan. Apakah yang berlaku?? Beliau cuba mendapatkan kembali spanar saiz 32 yang bergelimpangan di atas padang, takut takut disambar petir yang sedang giat memelir. Sementara itu semua pemain diarahkan berhimpun secara aman di warung wak Sifir sambil menunggu hujan reda dari mengganas mencipta lopak lopak air. Pengurus kampung Tapir Malioka dilihat cuba mengesot kerusinya berhampiran pengadil Orlando Bloom. Sambil membawa kopi o panas, mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu lalu dihembus perlahan kedalam cawan. Pengurus pasukan Inamun yang giat memerhati gelagat nakal Mat Dom itu seakan terkesima, beliau menghidu bau bau curiga melihatkan gelagat Mat Dom. Sebelum sempat Orlando yang tersipu sipu kehangatan menghirup kopi o hangat sehangat asmara tersebut, secara tiba tiba cawan yang berisi kopi o tersebut pecah dek baca baca yang dipamit penuh kemas oleh pengurus pasukan Inamun. Habis tumpah, kopi o tersebut membasahi seluar kiko lalo Orlando. "Jangan kau cuba macam macam dengan aok, aok perhati je gelagat aokme tadi'! tiba tiba pengurus pasukan Inamun, Mamat Shaari bersuara. Pastinya amaran itu tadi ditujukan kearah Mat Dom. Kini mata semua yang berada di warung Wak Sifir tertumpu kepada kedua dua pengurus itu. "Aok tahu aokme ada buat baca baca, aok ada jurus gala tapir Hokage level 7 tau, setakat baca baca aokme, mudah aok patahkan" kata kata Mamat Shaari penuh bongkak. Mat Dom hanya terdiam, seakan tergamam melihat cubaannya menyantau Orlando gagal. Mengikut cerita Ali (bukan nama sebenar), Mamat Shaari ini dulu bekas bomoh diraja kerajaan nusantara, maknanya, Mamat Shaari ni bukan calang calang orangnya. Nampak sahaja mukanya berlopak lopak, berkumis, kesan jerawat batu, tapi ilmu didada, penuh! Setakat santau menyantau ni celah gigi je. Seluruh ilmu perbomohan di globalisasi ini, dia sudah khatam. Pendek kata, dia ni memang hebat orangnya. Seketika kemudian, hujan mulai mundur, titik pertitik ia berkurangan, pengadil Orlando bingkas bangun, lalu meniupkan wisel menandakan perlawanan akan disambung semula. Penonton bersorak girang, terjerit jerit semacam terkena histeria. Semua pemain diarahkan berada dipadang semula. Padang yang becak memberikan kelebihan kepada pasukan Inamun kerana mereka pernah berlatih bermain bola di laut China Selatan bersama sama askar marin Colombia, setakat lopak air yang mengruh bukan masalah besar kepada mereka. Kapten marvel, Steven Chopoto Rahim kembali berdiri dari jarak 20 ela dari taiang gol, beliau nampak bersedia untuk mengambil tendangan itu. Prittt, Chopoto mengambil langkah mengundur, sekali sekala beliau menoleh kebelakang takut takut tersadung busut. Matanya tajam memerhati bahagian penjuru kanan pintu gol, itu lah targetnya. Setelah cukup yakin, beliau berlari anak kehadapan, matanya memerhati kearah bola pula, ditendang dengan gaya skru mata Philips, cuba menggosok bahagian tepi bola bagi menghasilkan lencongan, nampak padu bolanya, terus menderu laju selaju komet yang menghempas bumi, dapatkah bola selaju ini diselamatkan penjaga gol lawan, kelihatannya bola sudah mula berasap, api mula menyala dari sudut 35 darjah pada paksi bola, api semakin marak, ohh..cukup berbisa tendangan kapten marvel ini, cuba dijangkau penjaga gol, tampak sukar digapai dan bola padu menerjah jaring.. Suasana diam seketika, krik krik krik.. bunyi cengkerik mendominasi sekitar atmosfera padang.. GGGOOOOOOAAAAALLLLL!!! penonton berteriak penuh nafsu dan beralun meraikan jaringan hasil tendangan penuh misteri nusantara dari Steven Chopoto Rahim, pemain pemain pasukan Inamun berlari setempat sebagai tanda meraikan jaringan tersebut. "Ohh satu gol yang cukup menarik, bola bergerak pada kelajuan 17.5 pada skala ritcher, cukup luar biasa untuk kita saksikan di metropolis yang bergraviti ini", teriak pengulas perlawanan Hasbullah Bawang, cuba menelah walaupun tidak melakukan kajian yang saintifik mengenai purata kelajuan bola tersebut. Apapun kedudukan semasa, Pasukan Inamun sedang mendahului 1 gol berbalas 0. Kelihatan pemain import pasukan Tapir, Ahmed Kaset dari Nepal bertindak menyalahkan penjaga gol, Nang Nak Tarantular yang gagal menyelamatkan tendangan percuma tersebut. Nang Nak yang berang, bertindak memaki Nepal tersebut dengan bahasa Burma yang kedengarannya cukup kesat walaupun tidak difahami. Sementara pemain pasukan Inamun masih berlari setempat dek meraikan jaringan yang luar biasa tersebut, walaupun kelihatan mereka sudah tercungap cungap, mereka tetap dengan pendekatan tersebut. Bersambung..