Blog ni Wan create bukan nak berlagak..Just nak kumpul kawan-kawan yg Wan boleh percaya..rileks lah..susah senang kita sama2..wan x boleh tengok kawan2 wan sedih..kalau wan sedih sorang2 tak pe..serius nie.. :') be friends to explore more..dont be spoil..and..harap korang suka dengan blog wan ni..ni blog wan yg ke seratus berapa ntah,k tipu je..(yang lama dah kena burnnnnn..) so, layan~
27 May 2015
SMS (short merapu story~) part 2
Kelihatan Mat Dali yang marah berlari ketengah padang sambil mendengus seperti lembu kemarahan. Apakah yang berlaku?? Beliau cuba mendapatkan kembali spanar saiz 32 yang bergelimpangan di atas padang, takut takut disambar petir yang sedang giat memelir. Sementara itu semua pemain diarahkan berhimpun secara aman di warung wak Sifir sambil menunggu hujan reda dari mengganas mencipta lopak lopak air. Pengurus kampung Tapir Malioka dilihat cuba mengesot kerusinya berhampiran pengadil Orlando Bloom. Sambil membawa kopi o panas, mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu lalu dihembus perlahan kedalam cawan. Pengurus pasukan Inamun yang giat memerhati gelagat nakal Mat Dom itu seakan terkesima, beliau menghidu bau bau curiga melihatkan gelagat Mat Dom. Sebelum sempat Orlando yang tersipu sipu kehangatan menghirup kopi o hangat sehangat asmara tersebut, secara tiba tiba cawan yang berisi kopi o tersebut pecah dek baca baca yang dipamit penuh kemas oleh pengurus pasukan Inamun. Habis tumpah, kopi o tersebut membasahi seluar kiko lalo Orlando. "Jangan kau cuba macam macam dengan aok, aok perhati je gelagat aokme tadi'! tiba tiba pengurus pasukan Inamun, Mamat Shaari bersuara. Pastinya amaran itu tadi ditujukan kearah Mat Dom. Kini mata semua yang berada di warung Wak Sifir tertumpu kepada kedua dua pengurus itu. "Aok tahu aokme ada buat baca baca, aok ada jurus gala tapir Hokage level 7 tau, setakat baca baca aokme, mudah aok patahkan" kata kata Mamat Shaari penuh bongkak. Mat Dom hanya terdiam, seakan tergamam melihat cubaannya menyantau Orlando gagal. Mengikut cerita Ali (bukan nama sebenar), Mamat Shaari ini dulu bekas bomoh diraja kerajaan nusantara, maknanya, Mamat Shaari ni bukan calang calang orangnya. Nampak sahaja mukanya berlopak lopak, berkumis, kesan jerawat batu, tapi ilmu didada, penuh! Setakat santau menyantau ni celah gigi je. Seluruh ilmu perbomohan di globalisasi ini, dia sudah khatam. Pendek kata, dia ni memang hebat orangnya. Seketika kemudian, hujan mulai mundur, titik pertitik ia berkurangan, pengadil Orlando bingkas bangun, lalu meniupkan wisel menandakan perlawanan akan disambung semula. Penonton bersorak girang, terjerit jerit semacam terkena histeria. Semua pemain diarahkan berada dipadang semula. Padang yang becak memberikan kelebihan kepada pasukan Inamun kerana mereka pernah berlatih bermain bola di laut China Selatan bersama sama askar marin Colombia, setakat lopak air yang mengruh bukan masalah besar kepada mereka. Kapten marvel, Steven Chopoto Rahim kembali berdiri dari jarak 20 ela dari taiang gol, beliau nampak bersedia untuk mengambil tendangan itu. Prittt, Chopoto mengambil langkah mengundur, sekali sekala beliau menoleh kebelakang takut takut tersadung busut. Matanya tajam memerhati bahagian penjuru kanan pintu gol, itu lah targetnya. Setelah cukup yakin, beliau berlari anak kehadapan, matanya memerhati kearah bola pula, ditendang dengan gaya skru mata Philips, cuba menggosok bahagian tepi bola bagi menghasilkan lencongan, nampak padu bolanya, terus menderu laju selaju komet yang menghempas bumi, dapatkah bola selaju ini diselamatkan penjaga gol lawan, kelihatannya bola sudah mula berasap, api mula menyala dari sudut 35 darjah pada paksi bola, api semakin marak, ohh..cukup berbisa tendangan kapten marvel ini, cuba dijangkau penjaga gol, tampak sukar digapai dan bola padu menerjah jaring.. Suasana diam seketika, krik krik krik.. bunyi cengkerik mendominasi sekitar atmosfera padang.. GGGOOOOOOAAAAALLLLL!!! penonton berteriak penuh nafsu dan beralun meraikan jaringan hasil tendangan penuh misteri nusantara dari Steven Chopoto Rahim, pemain pemain pasukan Inamun berlari setempat sebagai tanda meraikan jaringan tersebut. "Ohh satu gol yang cukup menarik, bola bergerak pada kelajuan 17.5 pada skala ritcher, cukup luar biasa untuk kita saksikan di metropolis yang bergraviti ini", teriak pengulas perlawanan Hasbullah Bawang, cuba menelah walaupun tidak melakukan kajian yang saintifik mengenai purata kelajuan bola tersebut. Apapun kedudukan semasa, Pasukan Inamun sedang mendahului 1 gol berbalas 0. Kelihatan pemain import pasukan Tapir, Ahmed Kaset dari Nepal bertindak menyalahkan penjaga gol, Nang Nak Tarantular yang gagal menyelamatkan tendangan percuma tersebut. Nang Nak yang berang, bertindak memaki Nepal tersebut dengan bahasa Burma yang kedengarannya cukup kesat walaupun tidak difahami. Sementara pemain pasukan Inamun masih berlari setempat dek meraikan jaringan yang luar biasa tersebut, walaupun kelihatan mereka sudah tercungap cungap, mereka tetap dengan pendekatan tersebut. Bersambung..
No comments:
Post a Comment