Blog ni Wan create bukan nak berlagak..Just nak kumpul kawan-kawan yg Wan boleh percaya..rileks lah..susah senang kita sama2..wan x boleh tengok kawan2 wan sedih..kalau wan sedih sorang2 tak pe..serius nie.. :') be friends to explore more..dont be spoil..and..harap korang suka dengan blog wan ni..ni blog wan yg ke seratus berapa ntah,k tipu je..(yang lama dah kena burnnnnn..) so, layan~
27 May 2015
SMS (Short Merapu Story~) part 1..
Suasana petang dipinggir kampung bersebelahan warung wak Sifir cukup lengang ibarat planet marikh dilanda ribut kemarau, awan mula mengelabu, burung burung pulang ke kampung halaman dan tidak lagi mengelicau, pungguk kembali ke riba bulan yang kelihatan samar dari geografi tidak bersyarat ini. Camar tidak lagi kelihatan menerobos dibalik awan awan yang semakin likat menggeliat, menyonsong laju membelah kerak atmosfera.Kegelisahan mula terpancar di raut wajah penghuni desa Inamun Permai dan Damai, medan pemikiran mereka sudah mula meneka apa yang bakal berlaku di detik seterusnya. Perlawanan persahabatan antara dua seteru, dua musuh, satu debut, satu derby, antara desa Inamun Permai dan Damai menentang tak lain tak bukan pasukan pilihan kampung seberang, kampung Tapir Malioka Avocado. Penyokong desa Inamun mula memenuhi celah celah semak, belakang tiang gol, bawah bawah pokok dan belakang spotlight, bagi memberikan sokongan padu sepadu halilintar datang menggamit. Desa Inamun yang bermain ditempat sendiri dilihat cukup yakin dengan prospek mereka kali ini, manakala pasukan lawan kelihatan tertekan walaupun membariskan jagoan awang import dari Nepal, Bangladesh, afrika barat, dan Myanmar yang berkhidmat sebagai buruh kasar, penoreh, dan pengait sawit di kampung Tapir Malioka Avocado. Pengadil perlawanan yang dicanang canang bakal mengadili perlawanan kali ini iaitu Mat Leot Peot Subsikidin tidak dapat hadir akibat masalah gout di kepala, beliau digantikan dengan calon yang tidak kurang hebatnya, Pak Malau Kajang Berlipat atau lebih dikenali sebagai Orlando Bloom kerana misainya yang tipis mirip aktor empayar nusantara antarabangsa itu. Pritttt...wisel panjang disiulkan penuh syahdu dan merdu oleh Orlando Bloom disertakan dengan nyanyian dari kumpulan black metal. Pasukan Desa Inamun yang memulakan perlawanan terus mengasak hebat kearah kubu lawan, bahagian serangan yang diterajui Sifir Tali cuba mendominasi kawalan bola, dia menderu laju kearah pintu gol lawan, kelihatan 2 ke 3 orang cuba membentes beliau, Sifir Tali pantas mengelak, pergerakannya seolah olah beliau menarikan tarian poco poco penuh gemersik mendapat tepukan gemuruh penonton yang nampak terhibur seperti beruk mendapat PSP. Sifir meneruskan larian deras, lalu membuat hantaran lencongan kepada rakan penyerang, Almari Yahya yang kosong tidak dijaga, beliau yang menerima hantaran tersebut terus menggelek menggelecek melepasi satu...dua...tiga pertahanan lawan dengan mudah, pertahanan Kampung Tapir, abang Dali laju mengejar dari belakang, semakin hampir, cuba menyaingi kepantasan Almari, priiitttttt... wisel dibunyikan oleh pengadil Orlando Bloom, kelihatan ada spanar saiz 32 dan sportrim saiz 20 yang jatuh dari seluar abang Dali, tanpa bersoal jawab, Orlando terus melayangkan kad merah kepada abang Dali kerana membawa barang terlarang didalam padang, penonton bersorak tanda bersetuju, sambil segelintir melakukan provokasi liar penuh tohmahan, cacian, hinaan kepada abang Dali. Abang Dali kelihatan sugul berjalan keluar padang sambil di boo oleh penyokong tuan rumah. Pasukan Kampung Tapir Malioka Avocado semakin tertekan, mereka bermain dengan 10 orang pemain sahaja ketika ini. Pengurus pasukan Tapir merangkap jurulatih, Mat Dom kelihatan gundah, beliau ketika ini memikul harapan setinggi gunung penduduk kampung Tapir Malioka, maruah penduduk kampung ditangan beliau, berat sungguh galas yang dipikul Mat Dom, ibarat berat mata memandang, berat lagi seguni beras. lagi berat kalau ditindih kereta sorong..Pemain pasukan Tapir menyusun benteng ala ala tembok China bagi menghadapi tendangan percuma pasukan Inamun. Dengan jarak 20 ela dari pintu gol, ini peluang terbaik bagi pasukan tuan rumah meledak jaringan. Tugas mengambil sepakan diberi kepada kapten marvel, Steven Chopoto Rahim, beliau sememangnya pakar sepakan percuma 3 in 1. Sepakannya boleh melencong sehingga 45 darjah celcius arah timur. Suasana dipadang sunyi seketika, adapun rama rama mabuk berterbangan manja sambil dilihat oleh semut semut merah di tepi jurukamera..semua berdebar menantikan sepakan daripada kapten marvel itu. Dup dap dup dap...bunyi degupan jantung kedengaran sehingga ke negara Pakistan. kedengaran penuh bimbang, khuatir, risau, teruja, tak sabar menantikan sepakan. Kelihatan penjaga gol pasukan lawan mengesat peluh yang menitis, mencurah,bersembur,terpancut, berdurai membasahi celah celah ketiak dan celah pusat beliau. Benteng sudah pun siap dibina, pengadil meniupkan wisel memberi isyarat membenarkan sepakan diambil serta merta. Gooorrrrrr!! Gaaaarrrrrrrr!! Tiba tiba petir sabung menyabung, hujan turun dengan lebatnya, serta pokok pokok rambutan terbang melayang tanpa ihsan dan kasihan, sarwa yang berada dipadang bertempiaran lari mencari tempat berteduh, pengadil menyiulkan wisel dengan bernada dan berirama menandakan perlawanan terpaksa dihentikan. Kelihatan Mat Dali yang marah berlari ketengah padang sambil mendengus seperti lembu kemarahan. Apakah yang berlaku?? Bersambung....
No comments:
Post a Comment